.

~ Iklan RM80/Sebln ~

[rm80.gif]

http://img41.imageshack.us/img41/1236/noni3.gif
08/01/2010
http://img30.imageshack.us/img30/9088/lelakidipacakkana.gif
07/01/2010
http://img263.imageshack.us/img263/2127/jihad2u.gif
03/01/2010
The image “http://img196.imageshack.us/img196/300/728x90kedahlanie.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
02/01/2010
http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SwJbj3MDvWI/AAAAAAAACv4/gw_bRyF56KI/s1600/2009-11-17_161432.jpg
18/12/2009
http://img137.imageshack.us/img137/3158/kedahlani.gif
13/12/2009

:: TAJUK APA HARI INI ::

:: Cerita Terdahulu Boleh di CARI di Sini ::

~ Anda Ketinggalan Artikal di KedahLanie, OK Sila gunakan 'KOTAK HIKMAT' ini
untuk mencari apa yang anda inginkan..!! ~

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM 50/SEBULAN ~

[1.jpg]
[rmsense.jpg]
25/12/2009
http://img64.imageshack.us/img64/6950/kedahlaniebigpower.gif
13/12/2009
28/12/2009
http://img4.imageshack.us/img4/9440/duduksajaaa.gif09/12/2009
http://img264.yfrog.com/img264/4870/juaviabaru.gif
01/01/2010
http://img16.imageshack.us/img16/5583/hanyarma.gif
28/12/2009
14/12/2009
http://img141.imageshack.us/img141/4298/xxxxxxxxx.gif
14/12/2009
http://img136.imageshack.us/img136/4043/mudah.gif
05/01/2010
http://qurancentre.net/images/iklan-360.gif
14/12/2009
http://img21.imageshack.us/img21/5475/banner468x60e.gif
20/12/2009



- Sila hubungi KedahLanie@gmail.com untuk menempah ruang pengiklanan.

14 December 2009

‘Umno Juara Rakyat’ @ ‘Umno Pengkhianat Rakyat’..??

Quantcast

Sebagai memintas program ‘Umno Juara Rakyat’ pada tahun depan, PAS pula menganjurkan ‘Umno Pengkhianat Rakyat’ bagi “membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman” parti Melayu itu kepada orang Melayu dan umat Islam.

“Jentera penerangan (PAS) di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini hingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno,’ kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad.

Program ‘Umno Pengkhianat Rakyat’, yang akan dilancarkan 9 Januari ini, akan dilengkapi dengan buku kecil yang mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini, katanya lagi.

Kenyataan Idris itu dipercayai sebagai reaksi usaha Umno untuk menganjurkan program ‘Umno Juara Rakyat’ pada Januari ini dalam usaha menggerakkan jentera parti itu di peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan menganjurkannya dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu, 4 Disember lalu.

Program raksasa itu, yang dilaporkan antara usaha mentransformasi Umno dalam memperkasakan masyarakat Melayu, akan dirasmikan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin dipetik berkata, serentak dengan pelancaran ‘Umno Juara Rakyat’, semua ahli Umno dminta menggerakkan kerja mereka bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum ke-13.

Dengan nada seumpamanya, Idris juga menyeru semua ketua penerangan PAS supaya bekerja keras “untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan di kubu-kubu kuat mereka” pada pilihan raya tersebut – yang dijangka lebih sengit daripada sebelumnya.

“PAS akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno,” katanya.

“Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan ‘Hidup Melayu’ kini tersepit kerana semakin ramai orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.”

Dok Sebut Salam 1Malaysia Nie.. Tak Ada Ka Tok Mufti Nak Tegoq..??

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama
oleh Mohd Yusri Amin [harakahdaily]

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.

Malaysia ke final selepas tewaskan Laos 3-1

VIENTIANE 14 Dis. – Malaysia berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun apabila mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA XXV selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini sebentar tadi.

Lawan Malaysia pada pertemuan akhir Khamis ini ialah Vietnam yang sebelum itu menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Chaou Anouvong, dekat sini.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan m-79 sementara gol ketiga dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-84.

Biarpun stadium dipenuhi 23,000 penyokong tuan rumah, anak buah K. Rajagobal bermula dengan yakin dan melakukan beberapa percubaan berbahaya bagi menguji kekuatan lawan.

Kedua-dua pasukan tidak bertemu dalam saingan peringkat kumpulan. Malaysia ialah naib juara Kumpulan A sementara Laos mengungguli Kumpulan B. - Bernama

Kadar Jenayah Di Kedah Turun 2.59 Peratus

ALOR SETAR: Indeks kadar jenayahn Kedah menurun sebanyak 2.59 peratus bagi tempoh kajian Januari hingga November 2009 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata bagi tempoh Januari hingga November 2009, indeks kadar jenayah negeri itu mencatat 12,435 kes berbanding 12,765 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu menurun sebanyak 330 kes.

"Jenayah harta benda mencatatkan penurunan sebanyak 417 kes iaitu 10,099 kes bagi tempoh Januari hingga November 2009 berbanding dengan 10,516 pada tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Beliau berkata kadar jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes atau 3.87 peratus.

"Dalam tempoh itu tahun lepas, sebanyak 2,249 kes jenayah kekerasan dilapor tetapi tahun ini ia meningkat kepada 2,336 kes," katanya ketika berucap pada Perhimpunan

Bulanan dan Penyampaian Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Balai Polis Cemerlang Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan trend jenayah semasa, polis Kontijen Kedah akan menumpukan perhatian pencegahan jenayah di lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Baling.- BERNAMA

Hendak jadikan isu atau ada yang hendak mengambil kesempatan..Jika ada tak kena cuba berbincang...

Exco: Projek kolej diteruskan di tapak kubur

Kerajaan Kedah akan tetap meneruskan pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - milik penuh kerajaan negeri itu - di tapak yang merangkumi kawasan perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil walaupun ianya dibantahkan oleh penduduk.

Exco Kedah S Manikumar, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India dan pekerja ladang di negeri itu berkata, beliau menyerahkan urusan pemindahan kubur itu kepada pemaju yang dilantik membina KUIN - Bina Darul Aman Berhad (BDB), yang juga anak syarikat kerajaan negeri.

Kerajaan negeri memutuskan perkuburan tersebut dipindahkan ke tanah perkuburan Hindu Padang Geh yang terletak kira-kira tiga kilometer dari situ.

"Urusan pemindahan juga akan dipanjangkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak). Ia akan difikirkan mengikut lunas-lunas perundangan yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang disemadikan di situ, yang membantah rancangan kerajaan Kedah untuk memindahkan perkuburan tersebut, Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, ucapara pemindahan perkuburan tersebut dijalankan oleh sami Hindu.

Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau berkata, beliau yang hadir di situ, telah berusaha memujuk orang ramai supaya menghormati upacara tersebut.

Bagaimanapun Manikumar mendakwa ianya diganggu oleh mereka yang berada di situ yang didakwanya turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah, katanya, ada dari kalangan mereka yang mengeluarkan kata-katanya kepadanya, "YB jangan jejak kaki ke sini' dan "YB jangan masuk campur dalam hal kubur".

Manikumar berkata upacara pemindahan kubur itu berjaya dijalankan tetapi beliau kesal dengan tindakan mereka.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira 50 penduduk termasuk waris si mati, turut menghadiri upacara itu.

Mengulas lanjut, Manikumar (kiri) berkata, kerajaan Kedah dan BDB telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Tamilar Ladang Kuala Ketil, Septembar lalu, dan telah menawarkan pampasan RM3,000 kepada setiap waris kubur terbabit.

BDB juga, katanya, akan menanggung segala perbelanjaan termasuk membiayai upah kepada sami untuk mengadakan upacara tersebut dan juga kos pengangkutan.

Hasil pertemuan yang telah dipersetujui itu, Manikumar berkata, beliau telah menulis secara hitam dan diserahkan kepada persatuan tersebut pada 26 Oktober lalu.

Pada tarikh yang sama juga, katanya, beliau telah berjumpa penduduk termasuk waris si mati di Ladang Pekaka untuk mendapat reaksi dan maklum balas berhubung pemindahan tanah perkuburan itu.

Dalam pertemuan itu, kata Manikumar, penduduk bersetuju untuk memindahkan kubur tersebut dan memohon kepada kerajaan negeri sebidang tanah bagi menubuhkan pusat komuniti India.

Ekoran itu, katanya, kerajaan Kedah bersetuju menawarkan tanah seluas dua ekar berdekatan kawasan yang hendak dimajukan untuk tujuan berkenaan.

Bagaimanapun tiga hari kemudian, kata Manikumar, beliau menerima surat daripada persatuan tersebut yang tidak bersetuju dengan kandungan isu surat yang dihantarnya pada 26 Oktober lalu.

Dewa suci Najib

Oleh Penarik Beca

Jangan jawab, jangan layan, buat bodoh, buat badak. Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin sungguh dengan strategi itu. Barangkali dia dan para penasihatnya dok rasa strategi itu berjaya sangat-sangat.

Sebab itulah saya sebut dalam posting sebelum ini, Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam "projek membersihkan Najib" tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap.


Orang melihat strategi buat diam dan buat bodoh itu sebagai buruk kelaku. Hanya Najib dan para penasihatnya sahaja yang melihat strategi itu sebagai berkesan dan berjaya.

Yang nak tergelaknya, selepas si abang dengan budget confidentnya berkata "I don't entertain frivolous statements" (lihat berita Malaysiakini 4/12/09 "Najib dismisses Bala's claims as 'frivolous'" dan lihat juga komen-komen dalam "Najib and Bala's 'frivolous' statements"), adiknya pula meniru strategi abangnya.

Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "Iltizam jejak Nazim dan Deepak," bulat-bulat Datuk Mohamed Nazim Razak meniru strategi abangnya. "Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," selamba sungguh Mamat tu menjawab.

Sebelum ini, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu.

Dalam posting bertajuk "Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib" saya tulis:

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Tetapi, apa nak buat. Kebanyakan pemimpin politik yang sudah lama bertapuk di kerusi kuasa sudah diangkat ke tahap dewa suci. Dalam Umno banyak dewa suci. Dalam PAS, para ulama yang menjadi pemimpin parti itu menjadi dewa suci. Dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dewa suci. Dalam DAP, dalam MCA, dalam MIC, dalam parti apa pun ada dewa suci.

Mereka boleh buat dan jadi apa sahaja, terlibat dalam pembunuhan, takut bini, hari-hari dihebohkan sebagai kaki zina, tibai duit melalui projek dan pembelian harta negara, keras pedal dengan kronisme, berkendak politik dalam gelap, diperbodoh dan jadi kuda tunggangan sekumpulan perisik tentera yang bangang, main politik wang sehingga pink form gugur seperti daun luruh, suka jerkah bini depan public, disyaki buat maksiat terkutuk, macam-macamlah. Buat dan jadi apa saja, mereka tetap dewa suci.

Sebab itulah, kalau hendak naik cepat dan kaya cepat, tolonglah jadi pemimpin politik di Malaysia. Rakyat Malaysia yang cerdik-cerdik belaka akhirnya akan mengangkat anda sebagai dewa suci. Bila anda dah jadi dewa suci, anda boleh buat dan jadi apa sahaja.

Kalaupun ada rakyat Malaysia yang menyampah terhadap dewa-dewa suci itu, mereka tak akan buat apa-apa. Habis-habis sangat mereka akan kata, "bila dewa-dewa suci itu mati esok, golongan muda yang akan mengambil alih kelak tidak akan mengulangi perbuatan mereka. Golongan muda dalam politik hari ini mempunyai kesedaran sivil yang boleh diharapkan".

Lalu, rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku akan terus menganyam harapan. Rakyat yang bodoh dan tak mengaji seperti aku terus berselera dan begitu pelahap dengan harapan demi harapan. Apa nak buat, apa lagi yang ada selain harapan?!

Ah, tiba-tiba teringat pula Dewan Pemuda PAS! Ada harapan yang boleh dipertaruhkan?


http://penarikbeca.blogspot.com

NKRA: Najib Kena Kelentong?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dibentangkan kepadanya hari ini. Enam teras NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Najib berpuashati...Najib berpuashati...alangkah peliknya!! Peliknya...ketika kadar jenayah meningkat, ketika indeks persepsi rasuah (CPI) semakin merosot, Najib berpuashati? Itu baru tentang jenayah dan rasuah, belum lagi tentang pendidikan, taraf hidup rakyat, prasarana luar bandar dan pengangkutan awam yang sampai kini ramai yang tidak berpuashati.

Atau NKRA yang dibentangkan kepada Najib cuma NKRA kelentong, dengan angka-angka kelentong untuk menyedapkan hati seorang PM yang keletihan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai rangka lawatan ke luar negara?
Atau sasaran pencapaian NKRA sengaja dibikin rendah bagi menunjukkan sasaran berjaya dicapai dan Najib boleh tersenyum bangga?

Apapun, Najib sudah katakan dia berpuashati dengan pencapaian NKRA. Sama ada Najib kena kelentong oleh menteri-menterinya dan menteri-menteri pula dikelentong oleh KSU-KSUnya ada satu hal lain....

~ pendikar gunung kriang

Jenuh ber TEKUN la hampa.

oleh MP Pendang


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan, telah megutus surat menangis TEKUN kepada para peminjam yang liat dan gagal membayar hutanf tekun berjumlah dalam lingkungan RM 130 juta .

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut:

'Dengan rendah diri dan penuh hormat, saya merayu kepada saudara/saudari supaya dapat membayar balik tunggakan hutang tersebut kepada TEKUN Nasional.

Seperti mana saudara/saudari maklum bahawa bayaran balik pinjaman saudara/saudari itu akan diberikan pula kepada peminjam dan bakal-bakal usahawan Melayu/bumiputera lain yang memerlukan modal dan pertolongan daripada pihak TEKUN Nasional.

Sekiranya saudara/saudari berkemampuan dan boleh membayar balik pinjaman tersebut, maka sekali lagi saya merayu tolonglah bayar balik hutang tersebut.

Sebaliknya, jika saudara/saudari menghadapi kesulitan dan tidak mampu membayar ansuran tersebut, maka saudara/saudari boleh membayar jumlah yang termampu.

Di samping itu, sekiranya usaha niaga saudara/saudari tidak berjaya, tetapi masih mempunyai keazaman untuk memulihkan kembali dan meneruskan perniagaan, maka berhubunglah semula dengan pihak TEKUN Nasional, bagaimana kami boleh membantu lagi, mungkin dengan memberikan pinjaman tambahan atau menjadualkan semula balik supaya saudara/saudari dapat memulihkan dan meneruskan semula perniagaan ataupun menceburi bidang yang baru.

Segala perhatian dan kerjasama/ saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya mendoakan semoga saudara/saudari keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat dalam menjalankan urusan harian."

Pendekatan yang digunakan oleh TEKUN ini sangat berbeza dengan 'surat peguam' yang dihantar oleh pihak bank atau syarikat mikro kredit lain.

Surat 'menangis' TEKUN itu telah dihantar kepada 39,576 peminjam bagi menuntut RM130 juta hutang lapuk sejak Ogos lalu.

Daripada maklumat dan keluhan yang sering ana dapat daripada rakyat dibawah bahawa kalau nak memohon pinjaman TEKUN ini, salah satu cara yang pahit terpaksa ditempuhi adalah mendapat tandangan dan sokongan daripada JKKK pada ketika dulu dan disokong pula oleh Ketua bahagian UMNO. Tetapi bila ana pernah tanya dalam Parlimen Menteri dari Lenggong sebelum ni pernah jawab soalan ana, mana ada macam tu, tapi kalau tak percaya pergilah tanya sekelian rakyat yang gagal dapat pinjaman , apasal mereka gagal dan adakah tidak kena mendapat tandatangan daripada JKKK bahkan sokongan ketua bahagian.

Sebab apa ana kata macam tu, pejabat TEKUN Pendang sebelum ini ada di Pejabat UMNO Pendang, di Belakang Bank CIMB dan siapa nak ambil borang, sudah pasti kena pergi ke Pejabat UMNO, setelah beberapa kali ana komplain kepada Menteri ketika itu, barulah Pejabat TEKUN dipindahkan ke Bangunan MDP seberang jalan , tidaklah lagi berada didalam bangunan UMNO. Alasan yang diberikan adalah senang, tak kena sewa. Kalau kita lihat di Selayang pun, pejabat TEKUN berada didalam Komplek UMNO Darul Kifayah.Jadi susah nak kata mereka ni terpisah daripada unsur-unsur politik baik dalam memberi pinjaman atau membayar balik pinjaman.

Tu pasal agaknya yang dapat tu liat nak bayar, kerana mereka ni sebenarnya tak ramai yang sangat-sangat memerlukan duit untuk memulakan perusahaan kecilan, tetapi hanya menambah koleksi dalam akaun bank , lepas tu tak ada apa tindakan oleh TEKUN, maka itulah sebabnya jadi RM 130 juta tuh.

Nanti kita minta menteri jawab pula siapakah yang liat sangat nak bayar ni, dan siapa pula yang tukang jadi penyokong mereka semua tu, lepas ni kita minta pula kalau nak buat pinjaman, mesti perlu penjamin, kalau tak bayar penjamin kena tolong bayar, sebab seingat ana satu pun borang tak pernah minta sokongan dari ana walaupun ada kolum boleh disokong oleh Ahli Parlimen, maklumlah kita ni bukan dari BN, tak layak la nak sokong depa. baguih juga, nanti bila kena penjamin, tak lah teruk kita kena tolong bayar nanti, macam jamin anak nak masuk U tu. Anak tuang, penjamin kena tolong bayar hutang. Masa tu baru boleh tengok siapa yang ramai tuang tak nak bayar hutang TEKUN nih.

Related Posts with Thumbnails

~ Followers ~

:: TAJUK UNTUK 3 HARI LEPAS ::

08/12/2009 07/12/2009 07/12/2009

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM10/SEBULAN ~


~ TVkedah ~

~ TVceramah ~

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL

~ Ceramah Online ~