UMNO perlu sertai Pas demi perpaduan Melayu
SHAH ALAM - Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan UMNO tetapi kekuatan Melayu Islam akan kukuh apabila UMNO menyertai Pas.Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib berkata, apabila UMNO menyertai Pas, semua perkara selesai dan suara orang Melayu Islam akan menjadi satu.
Menurutnya, konteks ini tidak memerlukan ’pakatan senyap’ atau ’pakatan terbuka’ kerana jelas perpaduan ummah akan wujud bila parti politik Melayu (UMNO) sertai Pas.
“Kita amat menitikberatkan perpaduan ummah dan itu yang kita lakukan selama ini. Malah kita mengharapkan supaya Islam terus menjadi nadi perjuangan.
“Sebab itu kita mahu UMNO sertai Pas, sama-sama berjuang demi Islam, tapi jika mereka bersetuju sertai kita, mereka harus ubah dasar yang selama ini berjuang atas dasar kebangsaan kepada dasar Islam.
“Lagipun terbukti fahaman kebangsaan mereka itu ‘memporak-perandakan orang Melayu. Jadi untuk apa lagi dasar yang merugikan orang Melayu ini perlu dipertahankan lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian mengulas pandangan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, ’pakatan senyap’ atau terbuka tidak harus diperkatakan lagi dalam kalangan ahli Pas.
“Sama seperti isu kerajaan perpaduan, isu itu telah lama tutup buku. Jika ada yang masih membincangkannya, tentu dia bukan kalangan Pas,” katanya.[sinarharian]
![[hubungi+admin+rm80.gif]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/Sjezi6OlaXI/AAAAAAAACDM/gUqx9UNK3Xg/s1600/hubungi%2Badmin%2Brm80.gif)







![[1.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsigdDBLElI/AAAAAAAACfs/NTmRRRZTDQY/s1600/1.jpg)











![[2009-10-26_161946.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SuVb0HdfbaI/AAAAAAAACmo/n9tWyyGQIU8/s1600/2009-10-26_161946.jpg)









![[2009-09-28_122406.jpg]](http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsA9K1v3WNI/AAAAAAAACdU/XfVulIioNwA/s1600/2009-09-28_122406.jpg)













5 Komen Anda:
salam sahabat
KAH KAH KAH KAH
Yer la...asyik2 bila sebut perpaduan melayu..kepentingan agama Islam mesti PAS yang kena sertai UMNO.apsal lak bukan UMNO yg sertai PAS...ok gak ni.
Amboi geng UMNO tunggulah abih edah dulu nak rujuk balik..PAS baru lepas talak 7 NOV 09....
Nanti kalau perangai tu mau elok tutup aurat,tak minum arak,tinggalkan maksiat barulah kita boleh rujuk balik...
Duit royalti pun mau tukar jadi wang ehsan apa citer nie...undang2 negara mana hang pa pakai..
Apa cerita nie... Ini bukan cerita nak ajak PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS... Ni cerita macam mana kedua2 parti mewakili kaum melayu dapat menjalinkan kerjasama dan mengurangkan perbalahan atas kepentingan Islam itu sendiri. UMNO tak perlu masuk PAS.. Dalam PAS sendiri pun ada pemimpin yg disukai dan ada jugak yg dikatakan tidak mendokong perjuangan asal PAS. Kalau minta ahli UMNO masuk PAS.. keahlian menjadi bertambah ramai dan mungkin banyak akan berlakunya perpecahan. Biarlah apa yg ada ini dikekalkan sbg alternatif untuk masyarakat Islam. Apa yg dianjurkan adalah berkenaan perpaduan org melayu Islam di Malaysia ini....
Budi Bahasa Budaya Kita
Post a Comment