Keghairahan SPRM Mengundang Padah
Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.
Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!
Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.
Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?
Keputusan Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.
Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi.
Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi
Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.
MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.
Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.
ANWAR IBRAHIM












![[1.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsigdDBLElI/AAAAAAAACfs/NTmRRRZTDQY/s1600/1.jpg)










![[2009-10-26_161946.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SuVb0HdfbaI/AAAAAAAACmo/n9tWyyGQIU8/s1600/2009-10-26_161946.jpg)








![[2009-09-28_122406.jpg]](http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsA9K1v3WNI/AAAAAAAACdU/XfVulIioNwA/s1600/2009-09-28_122406.jpg)















3 Komen Anda:
kedahlanie hang dah sampai tahap ni pun dok jadi pembela DAP dan anwar. kejadian di selangor terang terang kerja samseng.gunakan akal kita tak akan SPRM nak bunuh dekat bangunan dia.tak masuk akal langsung.
Tu lah nak buat Selangor macam Hong Kong, land of gansterism.
Nasib baik Dr Zambri amek Perak awal-awal, kalau tak Perak would also be ruled by underworld.
mari kita umat islam selamatkan selangor. tukar kerajaan. adun pas jangan tunggu lagi berpadulah dengan umno. malaysia hak melayu dan islam.
Trend kini semakin lama semakin bertambah panas dan menjadi-jadi. Setiap kali musibah terjadi pada orang cina dan india maka bercurah-curah pemimpin atasan terutamanya PR naik tocang dan melompat sana melompat sini hilang arah panduan untuk menunjukkan hero dan belang bahawa merekalah penengak kebenaran serta perfect segala segi. Memang kita semua bersimpati tetapi sikap pemimpin kita PR yang melulu dan terburu-buru dan prejudis sangat kecewa serta patut dikikis ataupun berlakon untuk kepentingan diri.
Biarkan pihak berkuasa dan berwajib melaksanakan tugas mereka dan jika mereka itu tak laksanakan tugas baharulah membuat bantahan. Apapun biarlah bersopan dan beradat jangan lebih camca dari sudu. Saya setuju bahawa pihak pamimpin PR kini tertekan atas kerena dan perjalanan tanggungjawab mereka. Mengapakah mereka harus mengalihkan pandangan permasalahan ini. Kiranya mereka tak buat salah mengapa harus ditakutkan.
Sebelum ini mereka mengaku diri mereka superhero dan terhebat. Kalau dulu pemimpin ualama PAS memuji bahawa Lim Guan Eng disama dengan pemimpin Umar Abdul Aziz dan Ummul Albab. Sungguh dasyat perumpamaan itu dan merendahkan martabat islam itu sendiri dan sanggup mengutuk dan mencerca kalangan Islam yang tak sehaluan dan dilebelkan bermacam-macam. Tak puas dengan demonstrasi jalanan, masjid dan perjumpaan atas tiket islam untuk mencerca. Yang sedih selepas itu bergemalah takbirrr.. Disalah gunakan.
Post a Comment