~ Iklan RM80/Sebln ~ [penuh]


http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SwJbj3MDvWI/AAAAAAAACv4/gw_bRyF56KI/s1600/2009-11-17_161432.jpg
18/12/2009
http://img137.imageshack.us/img137/3158/kedahlani.gif
13/12/2009
The image “http://img81.imageshack.us/img81/1959/takaful.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
08/12/2009
http://img30.imageshack.us/img30/9088/lelakidipacakkana.gif
07/12/2009
http://img41.imageshack.us/img41/1236/noni3.gif
03/12/2009
http://img210.imageshack.us/img210/182/kedaitakaful.gif
01/12/2009
http://img9.imageshack.us/img9/7161/ayuhkliksiniuntuka.gif
01/12/2009
http://img263.imageshack.us/img263/2127/jihad2u.gif
01/12/2009
http://img35.imageshack.us/img35/31/728x902.gif
08/12/2009
http://img196.imageshack.us/img196/300/728x90kedahlanie.gif
27/11/2009
http://img183.imageshack.us/img183/9322/mampumenjanaa.gif
- 26/11/2009 -

:: TAJUK APA HARI INI ::

:: Cerita Terdahulu Boleh di CARI di Sini ::

~ Anda Ketinggalan Artikal di KedahLanie, OK Sila gunakan 'KOTAK HIKMAT' ini
untuk mencari apa yang anda inginkan..!! ~

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM 50/SEBULAN ~

[1.jpg]
25/12/2009
http://img64.imageshack.us/img64/6950/kedahlaniebigpower.gif
13/12/2009
28/12/2009
http://img4.imageshack.us/img4/9440/duduksajaaa.gif09/12/2009
http://img5.imageshack.us/img5/5502/jova.gif
25/12/2009
28/12/2009
http://www.emailcashpro.com14/12/2009
http://img141.imageshack.us/img141/4298/xxxxxxxxx.gif
14/12/2009

http://qurancentre.net/images/iklan-360.gif
14/12/2009
http://img21.imageshack.us/img21/5475/banner468x60e.gif
20/12/2009



- Sila hubungi KedahLanie@gmail.com untuk menempah ruang pengiklanan.
[2009-10-26_161946.jpg]

http://img139.imageshack.us/img139/6769/maklumatlanjut.gif

http://img23.imageshack.us/img23/8096/kliksaja.gif
[Tamat - 11/12/2009]

YB Pakatan Rakyat yang manakah di KEDAH yang anda kenali..?
[
Lakukan Undian di blog MyKedah2U]

16 July 2009

PAKATAN RAKYAT : Dengarlah Pemimpinku...!!!

Salam sejahtera..


Bermula sejak zaman gelap 1998, apabila DSAI digulingkan daripada tahkta nombor dua kerajaan dan terpaksa diangkut segala tilam dan bantal ke mahkamah, saya tidak pernah serik untuk terus mengundi calon PR.. kebetulan kawasan saya di wakili oleh Partai Pas dan Keadilan (ADUN dan Parlimen)..bertukar ganti keperwakilan mereka..

Namun diketika itu, gelombang politik tanahair tidak pernah menempuh saya dek kerana hanya melihat kerenah dan gelora dari luar tanpa cuba untuk mendalami dan memahami isi pati kandungan dunia politik itu..

Namun apabila TM mula melangkah ke dunia tanpa sempadan, dengan google dan yahoo yang menampilkan pelbagai berita semasa secara pantas dan tuntas, sejak setahun dua kebelakangan ini saya mula menjinak dengan pentas politik.. juga sebagai orang luar.. tetapi lebih kepada sebagai pemerhati dekat.. memerhati segala gerak dan riak politik tanpa mengira ianya mainan UMNO, Pas mahupun PKR dan DAP .. keseluruhannya tumpuan diberikan kepada PR kerana naluri saya lebih jinak ke arah itu.. perjuangan menuntut keadilan dalam apa jua cara pasti mendapat tempat dihati selagi ia tidak menyalahi pegangan dan prinsip agama serta ketataaturan kehidupan yang disusun dalam perlembagaan.. (kes DAP Kedah itu bukan atas prinsip keadilan - itu gila, tegasnya segala kesalahan perlanggaran undang-undang wajar ditentang)..

Penerokaan dan pembukaan dunia tanpa sempadan membolehkan saya menerawang jauh mencari setiap inci maklumat tentang kehidupan politik dan diri orang politik ini dapat dimaklumi walaupun dia sendiri belum tahu tentang dirinya itu.. itulah hebatnya dunia baru ini (dah lama tapi orang politik baru tahu) .. segala rahsia, kisah dan cebis kehidupan individu yang diangkat lantik menjadi pemimpin tidak sunyi dan rahsia pada orang lain.. hinggalah yang selalu merayu di Danok pun dapat diketahui dengan mudah.. mungkin ia hanya fitnah atau mungkin hanya cerita .. tapi itulah kehebatan menjadi pemimpin.. bukan sahaja Allah dan Malaikat memerhati tetapi seluruh mata pengundi juga sentiasa awas dan mengawas..

Gerak laku dan tindakan sentiasa mendapat respon, baik yang positif mahupun yang negatif.. seolah para pengundi melihat dari kaca mata burung ..menyinggah pandang segala gerak yang berlaku disekitar ..mana yang boleh dijadikan makanan dan habuan ..mana yang boleh dijadikan umpan.. hanya segelintir melihat untuk dijadikan panduan..

Sejak bergelumang dengan dunia ini juga, saya sentiasa memenuhkan dada dengan pengalaman politik yang dikutip titipkan daripada lontaran idea dan buah fikir para blogger .. yang ramai bukan calang-calang.. mengupas dan mengulas dalam hemah dan hikmah serta kritik dan fitnah.. bahasa juga pelbagai ragam.. ditambah pula dengan ilmu tentang garapan manusia serta pengalaman bergaul dengan pakar keselamatan negara..membolehkan saya menganalisis setiap gelombang dan riak ombak politik..

Dalam larian kemenangan PR, saya membuat taakulan panjang dan cuba untuk memerihal akan inti pati kemenangan ini.. berita mutakhir yang dibawa dari Manik Urai (MU) mungkin dapat menceritakan sikit sebanyak pemerihalan yang selalu dapat kita dengar dan baca daripada pelbagai blog penyokong PR..intinya..

'pemimpin PR pekak, bisu dan tuli'

hasilnya disuarakan sendiri dikubu PR (PAS) MU oleh orang kampung yang jauh dari pembangunan.. diberitakan juga saluran 4 dan 5 yang berpaling tadah.. lari meninggalkan perjuangan.. biarpun menang dengan majoriti kecil ..memang tetap menang.. dalam kes peperangan Uhud itu, Islam tetap menang, namun dek kerana tidak mendengar arahan serta patuh dengan arahan, kesannya ramai yang shahid..

akan tetapi dalam kes politik kita hari ini.. keadaan berbeza.. yang tidak mendengarnya adalah pemimpin, lalu ramai yang lari meninggalkan pemimpin, natijahnya maka dapat kita lihat ramai pemimpin yang mula mencari justifikasi untuk menolak kenyataan bahawa mereka telah mula jemu dilihat dan dipandang malah usaha memomokkan ahli dengan jenama perjuangan keadilan dan sendi agama telah mula memakan diri..

perlu kita ingat bahawa ..arah dan arus perjuangan PR adalah rakyat..rakyat wajar dan patut diutamakan dalam apa juga cara.. dan yang paling penting.. setiap luah kata daripada pemimpin PR patut dan wajib direalitikan.. bukan hanya janji kosong, bukan hanya momokan .. bukan hanya laungan kala ceramah mana dana dan lain-lain..

Golongan muda kini rata-rata terpelajar hasil daripada percaturan politik agar semua pemuda belajar dan diberi pelajaran setinggi mungkin.. menjadi terpelajar bermakna mereka terdedah kepada pelbagai persepsi dan pandangan serta maklumat .. mereka kini mula sedar akan pembohongan dan momokan pihak lawan lalu bangun menentang melalui wadah perjuangan PR dengan harapan ia tidak berlaku lagi .. akan tetapi setelah lebih setahun PR memerintah ..mereka mula melihat mainan yang sama dimainkan ..tidak ada bezanya dengan kerajaan dulu.. balak tetap direbut.. tanah tetap diukur.. peluang dan ruang tetap dicongak untuk temolok diri... APA ERTINYA INI?? (seperti pasukan bola sepak kita, pemain tetap sama, hanya jurulatih/letih sahaja bertukar..hasilnya?)

Perak jatuh kerana kepekakan pemimpin.. ada bloggers yang telah memberikan amaran awal tentang kejatuhan dan keruntuhan itu.. tetapi mereka itu pekak, tuli dan bisu, tidak dapat melihat kebenaran.. pakar risik blogger telah melaporkan ..cadangan turut telah diberikan .. tetapi hasilnya? mereka menganggap itu hanya satu dongengan.. kini menangis tiada lagi berlagu.. menyesal apa gunanya.. terlalak terlohong menjerit hingga ke mahkamah dan parlimen juga tidak siapa peduli.. dan rakyat pula kembali dibebani.. baru kini mahu kemballi kepada rakyat.. akhirnya yang menjadi mangsa ..RAKYAT.. kerajaan baru mahupun lama tidak dapat berfungsi.. rakyat jadi mangsa lagi..

Saya pernah menulis kepada MB Kedah.. tetapi hingga kini tidak tahu sama ada sampai atau tidak .. terlalu sibuknya MB kita hingga tak sempat baca emel.. ye llaaaa emel banyak masuk.. tapi harus juga MB atau pegawai khasnya tahu mana emel spam mana yang apam.. yang mana harus dibuang mana yang boleh dimakan..

Logiknya ..MB dengan pelbagai manusia disekeliling, pembantu dan penasihat masing-masing yang berjumlah berorang-orang tidak daya melayan .. ishh.. sedih benar.. kita tengok kalau artis yang hanya ada seorang pengurus, sibuk hadiri aktiviti nyanyi sana sini sempat pula melayan kelab peminat.. peminat pula tu bukan seribu dua .. berpuluh ribu..berterabur seluruh Malaysia.. sempat juga dia melayan ... tetapi MB kita lagi sibuk??

Tapi itulah dunia politik..dunia sibuk.. kena pula haman yang disekeliling semua nak cari makan.. punah dibuatnya..

Penah saya mencadangkan agar PR mempunyai satu jawatankuasa khas internet.. tujuannya menyampai maklumat dan hala tuju jelas kepada penyokong dan pengundi.. tidak la ..pengundi terkial-kial meneroka blog mencari maklumat .. maklumat harus up to date.. terkini .. hatta kalau tanam pokok sebatang pun biar ada dalam blog.. kalau rasmi tandas dewan gunasama pun biar tertulis dalam blog.. bukan hanya pegi makan dengan Sultan atau sampai kan derma kat Palestin jer.. sebabnya... sebabnya penyokong ingin tahu apa aktiviti dan laku kerja pemimpin mereka.. buang sikap ooohhh kita buat kerja bukan untuk publisiti.. soalnya bukan publisiti.. soalnya ada atau tidak kita buat kerja..??

Kalau tidak mampu..lantik pembantu-pembantu .. ada yang sukarela ada yang berbayar.. ramai yang mencurah pelbagai idea secara percuma.. dek sebab percuma terus tidak berharga.. langsung tidak dihargai..

Jadi, inti kepada tulisan ini adalah untuk menyatakan bahawa, pemimpin PR minta buka telinga mata dan hati, dengar luahan, jangan takut dengan dunia internet.. berkawan dengan dia, beri laporan supaya orang semua tahu, iktiraf pertolongan, sumbangan dan pandangan orang kat kita..

Jangan kita rasa kita tau semua, jangan kita rasa bila dah jadi pemimpin orang lain semua bodo.. jangan kita rasa bila dah jadi bos semua orang kuli tak layak nak dikawan lagi.. jangan bila kita dah duduk pejabat besar, pondok panas tak kenal lagi..

Saya bukan pemain politik, hanya seorang pemerhati.. pemerhati yang mendengar, pemerhati yang meneliti.. hingga satu kesimpulan baru dibuat.. apakah apabila PRU 13 nanti masih lagi mengundi kerajaan PR la ni???

wassalam ..
sekadar memerhati dan mengeksesais jari di papan kekunci..

Ibnuhassan

kedahLanie : kami pon hairan awatlaaa pimpinan PAS nie takut sangat dengan dunia Internate nie.. nak buat blog pon tak reti.. nak layan FaceBook pon tak reti.. Nak Layan MySpace pon tak reti... entahlaa dah naik berbuih dah suruh depa update blog depa yang masam tuu... awat PA depa yg dilantik buat kerja tu buta sangat kaa bab2 internate nie... tak reti mai kami nak ajaq FREE saja sekupang kami tak mau charge tapi janji setiap Blog yg ada tu update laa bukan susah pon.. kami tabik spring kat YB Hamdan dan YB Dr. Mohd Hayati.. apa yg kami tengok depa punya blog sentiasa ada informasi... yg lain tu.. malas kami nak komen...yg kami boleh habaq UMNO pon dah berjinak dengan dunia blogger dan facebook nie...


1 Komen Anda:

damai said...

Salam,
Nak minta buat aduan sikit kat kerajaan Selangor. Ada kawan teman di Semenyeh, tahun lepas dah dapat kebenaran buat surau kerana di taman tu ada 300 orang Islam. Peruntukan dah dapat dlm RM250k hasil kutipan dan derma. Walaubagaimanapun oleh kerana org cina di kwsn tu tak puashati, kebenaran tu ditarik balik. Mereka dah jumpa exco PR dr PAS, Hassan Ali dan Ahli Parlimen Semenyeh, Dr. Rosli tapi takde pun tindakan setakat. Bila Cina dan India nak buat tokong dan kuil boleh plk. Cakap tentang Islam sebelum menang PRU cukup hebat, bila dah dpt jd exco kata payahlah. Member teman tu p jumpa MB Selangor tp tak berjaya jgk. Kesian org Islam....

Related Posts with Thumbnails

~ Followers ~

:: TAJUK UNTUK 3 HARI LEPAS ::

19/11/2009 18/11/2009 17/11/2009

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM10/SEBULAN ~


~ TVkedah ~

~ TVceramah ~

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL

~ Ceramah Online ~