~ Iklan RM80/Sebln ~ [penuh]


http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SwJbj3MDvWI/AAAAAAAACv4/gw_bRyF56KI/s1600/2009-11-17_161432.jpg
18/12/2009
http://img137.imageshack.us/img137/3158/kedahlani.gif
13/12/2009
The image “http://img81.imageshack.us/img81/1959/takaful.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
08/12/2009
http://img30.imageshack.us/img30/9088/lelakidipacakkana.gif
07/12/2009
http://img41.imageshack.us/img41/1236/noni3.gif
03/12/2009
http://img210.imageshack.us/img210/182/kedaitakaful.gif
01/12/2009
http://img9.imageshack.us/img9/7161/ayuhkliksiniuntuka.gif
01/12/2009
http://img263.imageshack.us/img263/2127/jihad2u.gif
01/12/2009
http://img35.imageshack.us/img35/31/728x902.gif
08/12/2009
http://img196.imageshack.us/img196/300/728x90kedahlanie.gif
27/11/2009
http://img183.imageshack.us/img183/9322/mampumenjanaa.gif
- 26/11/2009 -

:: TAJUK APA HARI INI ::

:: Cerita Terdahulu Boleh di CARI di Sini ::

~ Anda Ketinggalan Artikal di KedahLanie, OK Sila gunakan 'KOTAK HIKMAT' ini
untuk mencari apa yang anda inginkan..!! ~

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM 50/SEBULAN ~

[1.jpg]
25/12/2009
http://img64.imageshack.us/img64/6950/kedahlaniebigpower.gif
13/12/2009
28/12/2009
http://img4.imageshack.us/img4/9440/duduksajaaa.gif09/12/2009
http://img5.imageshack.us/img5/5502/jova.gif
25/12/2009
28/12/2009
http://www.emailcashpro.com14/12/2009
http://img141.imageshack.us/img141/4298/xxxxxxxxx.gif
14/12/2009

http://qurancentre.net/images/iklan-360.gif
14/12/2009
http://img21.imageshack.us/img21/5475/banner468x60e.gif
20/12/2009



- Sila hubungi KedahLanie@gmail.com untuk menempah ruang pengiklanan.
[2009-10-26_161946.jpg]

http://img139.imageshack.us/img139/6769/maklumatlanjut.gif

http://img23.imageshack.us/img23/8096/kliksaja.gif
[Tamat - 11/12/2009]

YB Pakatan Rakyat yang manakah di KEDAH yang anda kenali..?
[
Lakukan Undian di blog MyKedah2U]

15 July 2009

MANEK URAI : Pas buat bedah siasat

KUALA KRAI: Pas Kelantan akan membuat bedah siasat terhadap kemerosotan majoriti yang diperoleh parti kerana hanya mampu menang dengan 65 undi berbanding majoriti 1,352 undi pada Pilihan Raya Umum 2008, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau yang menyifatkan kemenangan dengan majoriti tipis adalah sesuatu yang luar biasa, bagaimanapun Pas bagaimanapun berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada parti itu untuk mewakili mereka walaupun undi tipis.

Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

"Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.

Husam menolak dakwaan kemunculan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menyebabkan kemerosotan undi yang diperoleh Mohd Fauzi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, pula mengakui BN memberikan saingan sengit terhadap Pas dalam pilihan raya kecil kali ini sehingga menyaksikan kemenangan yang dicatatkan oleh parti itu begitu tipis.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Pas perlu membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca parti itu gagal meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar seperti Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sementara itu, Mohd Fauzi menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan kepada perjuangan Islam.

"Saya berterima kasih kepada semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan jentera parti yang bersama dengan saya dalam perjuangan ini.

"Saya berjanji akan berkhidmat untuk semua rakyat di seluruh Manek Urai," katanya ringkas selepas diumumkan pemenang oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N41 Manek Urai, Adnan Husin, pada jam 9.10 malam tadi.

9 Komen Anda:

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Kemenangan PAS di MU memang sudah dijangkakan banyak pihak, pihak BN dilihat agak sukar mengugatkannya ttp penurunan majoritinya yang begitu mendadak memang dilihat sesuatu yang luar biasa.....PAS memang perlu membuat sesuatu....mungkin ada yg tidak berapa setuju dgn pendekatan PAS dalam beberapa hal & isu.....Dan dalam masa yg sama dilihat pihak BN pula berjaya mempengaruhi mentaliti pengundi......Ini juga sesuatu yang pihak PAS perlu fikirkan.....Wallahu'alam.

HaHs said...

Sama gak dgn aku!

Nasi baik TGNA bijak bagi cuti umum last minute. Kalo tak mungkin dah terlungkup. SB dan SPR serta Umno dah rancang strategi sulit manipulasikan undian sejak 2 -3 bln dulu lagi. Rasuah wang yg banyak pun masih Pas menang lagi. Alhamdulillah! Pas kena buat Post Mortem dan kalo boleh upgrade jambatan tu ke 2 lorong sbb Kelantan dah agak stabil kewangannya setelah 20 thn lebih memerintah. Jgn harap kerajaan pusat melalui JKR negeri. x boleh pakai dan makan gaji buta je. Kita ikhtiarlah sendiri. Kalo boleh gotong royong dgn bantuan kontraktor tempatan, mungkin 6-7 juta jadi x sampai 1 juta. Penyokong Pas mungkin faham perjuangan islam tapi pengundi atas pagar, depa nak kita jaga gak kebajikan diorang. Kemudahan infrastruktur ni penting utk dimaintain dan upgrade dari masa ke semasa. X gitu! Saya merayu pihak pimpinan, tolong hentikan sebarang idea berkenaan perpaduan ni yg boleh mengundang perpecahan dan segera memperkasakan PR. Kalo boleh utamakan calon dari Dun masing2 baru semangat jamaah tempatan kuat nak menangkan calon sbb ada semangat kekitaan. Wallahu A'lam!

CAKAP2BOLA said...

Ada hikmah terhadap kemenangan tipis ini supaya kita tidak sentiasa lebih berusaha. Antara sebab kemerosotan majoriti ialah:
1) Taburan janji2 BN terutama pembinaan jambatan
2) PAS terlalu yakin boleh menang sebab MU adalah kubu kuat PAS
2) Faktor latarbelakang akademik calon perlu diambilkira. Walaupun calon seorg yg warak, bersih tapi pengundi atas pagar dan pengundi berilmu melihat ini utk memilih pemimpin mereka.

mat_kelate said...

penduduk manek urai skrg tengah tunggu janji jambatan dari muhyidin..
sebab, peti undi manek urai tempat muhyidin janji nak buat jambatan tu berpihak pada umno.. mmg penduduk manek urai dah sokong umno.. cuma pas menang di peti undi lain selain dari peti manek urai.. hahaha jen jen jenggg!!!

Ekeng A/L Etong said...

PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem' bagi mengenal pasti puncanya.

Kebiasaannya, mana-mana pihak yang kalah dalam apa-apa juga pertandingan akan mengadakan 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara yang kalah teruk di Bangkok baru-baru ini juga akan mengadakan post mortem. Post mortem selalunya dilakukan (dalam konteks pertandingan) untuk mencari punca kekalahan. Dalam hal ini, sepatutnya UMNO yang kalah, perlu mengadakan 'port mortem'.

Bila PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem', ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai. Kenapa PAS 'kalah” di PRK Manek Urai yang menjadi kubu mereka? Kita tunggulah hasil 'post mortem' yang akan dilakukan oleh PAS kelak.

matdeesp said...

bedah jangan tak bedah... tak cukup pisau p beli kat rantau panjang...mana tau kot kot jumpa selumbar ker.. gunting ker.. ker.. apa ker..

Abu said...

Ya... buatlah "Bedah Siasat" atau bahasa yang lebih indah "Muhasabah Diri". Jangan pi buat si Bedah jadi sesat sudah la.

tonik said...

Agak terkejut dan hairan juga tentang keputusan Manek Urai. Dari retetan awal banyak pemimpin PR awal-awal lagi dengan megah menepuk dada bahawa agar BN tidak meletak calon kerana awal-awal kalah. Hakikatnya sudah menang dan mengapakah perlu adanya post morten.

Apakah conggakan diawal sebenarnya satu egoan atau sombongan yang tak bertempat. Bagi saya kalau BN kalah tak menghairan kerana ianya kawasan paling kuat PAS. Tetapi PAS seolah-olah nyawa ikan atau terkapai-kapai untuk dan terpaksa menggunakan kekerasan dan kerahan helah termasuklah tempat ibadah dijadikan bahan kempen oleh pegawai masjid.

Mengapakah ianya terjadi sebaliknya daripada cakap-cakap dalam web ini yang terangan menagata BN akan bungkus dengan teruknya. Secara rasional saya katakan keadaan PR kini diambang penurunan setelah kemuncak pada PRU12.

Kekalahan BN yang paling nyata pada PRU12 ialah disebabkan kurang cekapnya pemimpin tertinggi pada masa itu. Kedua adalah kerana keehsanan pada Saudara Awnar Ibrahim. Ketiga ialah sikap pemimpin atasan yang memilih calon mengikut kehendaknya dan bukannya calon kemahuan kawasan masing-masing.

Keempat ialah disebabkan oleh kalangan Ahli BN sendiri bertelagah sesama sendiri atau yang lebih tepat boikot untuk menjatuh pemimpin yang dipilih. Paling nyata kemarahan kalangan kakitangan Awam disebabkan keengganan PM masa itu memberi bonus.

Keadaan ekonomi yang gawat akibat tekanan harga minyak menyebabkan PM pada masa itu terburu-buru menaikkan harga minyak menyebabkan harga bekalan barangan melambung tinggi. Keadaan ini telah dimunapulasikan oleh PR dengan menjanjikan akan menurun harga minyak dan harga barang jika mereka memerintah dan bermacam-macam lagi janji.

Senario politik kali ini berbeza setelah PM diterajui oleh saudara Najib. Beliau lebih peka dan prihatin dan pandai mengambil hati rakyat. Pada hakikatnya manakah seorang rakyat yang sanggup hidup kesusahan.

Nizar - Project Manager said...

Tak yahlah bedah. Dah memang adat.
Ada duit, undi dapat. Alim macam mana
pun, kalau orang gomen dah bagi duit takkan nak tolak kot. Duit gomen pun duit rakyat gak. Tambah kalau orang jauh kat pendalaman, RM50 ke 100 dah kira banyak tuuu... takkan nak tolak.
Kalau nak majoriti besar, tunggu p/raya umum nanti. Larat ke nak bagi duit kat satu Msia.

Related Posts with Thumbnails

~ Followers ~

:: TAJUK UNTUK 3 HARI LEPAS ::

19/11/2009 18/11/2009 17/11/2009

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM10/SEBULAN ~


~ TVkedah ~

~ TVceramah ~

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL

~ Ceramah Online ~