Kisah Benar - Pesakit angin ahmar sihat setelah 9 hari minum susu Gluco LPD Plus-Better LifeHanya Allah SWT sahaja yang mampu untuk memberi kebaikan di atas segala usaha yang dilakukan oleh hambaNya. Apatah lagi jika hambaNya ditimpa masalah kesihatan seperti menghidap penyakit kronik sehingga menganggu untuk melakukan amal ibadah dan meneruskan kehidupan pada setiap hari mendatang. Itulah kisah yang terjadi kepada seorang ibu berusia 54 tahun, Puan Hajah Zaini Abullah yang lebih senang dipanggil dengan nama ‘Mak Hajah’ yang menetap di Kampong Bukit Mencok, Cukai, Kemaman, Terengganu.
Semasa sihat Mak Hajah menyumbangkan khidmat bakti sebagai guru fardhu ain dan mengajar Al-Quran di sekitar Lembah Kelang. Tetapi sejak ia diserang angin ahmar, Mak Hajah dan suami mengambil keputusan balik ke kampong halamannya di Kemaman, Terengganu.
Stroke mengubah kehidupannya…
Sebelum di timpa masalah kesihatan kehidupannya bersama suami dan anak tersayang amat ceria dan bahagia. Tetapi, sejak diserang angin ahmar (stroke) segala-galanya telah berubah, di mana kaki dan tangan tidak boleh bergerak lagi. Segala tugasan rumah terpaksa dipikul oleh suaminya yang tersayang, Haji Megat Yunus Megat Mansor iaitu seorang bekas perajurit.
Ketika pertama kali dihubungi oleh Pegawai DBY Trade Corporation Sdn.Bhd. Norhayati Ahmad, Mak Hajah berkata, “Sejak kena stroke ni, mak (Hajah Zaini) susah nak bergerak. Kaki dan tangan tak boleh bergerak lagi.
Katanya lagi, memang rasa amat sedih bila dapat sakit macam nih…. nak bersembahyang dan melakukan kerja-kerja rumah.. semuanya perlu di bantu oleh suami”.
Hajah Zaini menambah, “sejak kena angin ahmar …, macam-macam usaha dah buat… setiap bulan suami bawa pergi jumpa doktor di hospital Kemaman. Mak berdoa setiap kali lepas sembahyang supaya Allah SWT memberi kesihatan yang baik seperti orang lain’.
“Harapan Mak Hajah hanya satu….. Allah SWT makbulkan doa supaya kembali sihat dan boleh beribadah dengan sempurna, katanya lagi.
Kisah sedih ini bermula apabila beliau menghidap penyakit kencing manis kira-kira 12 tahun (1997) lalu dan ikuti dengan menghidap darah tinggi pada tahun 2004. Tidak diduga sama sekali kedua-dua jenis penyakit yang dihidapinya menyebabkan ia diserang angin ahmar. Sejak diserang angin ahmar, Mak Hajah dan suami serta anak-anaknya melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengubati masalah kesihatannya. Antaranya mendapatkan khidmat dan rawatan terutamanya dari hospital Kemaman dan berubat secara tradisional dan berjumpa bomoh. Di samping, Mak Hajah turut mengamalkan pelbagai makanan kesihatan yang dicadangkan oleh sesiapa jua.
Berbekalkan iltizam dan keazamanan untuk kembali sembuh, Mak Hajah telah mengambil keputusan menghubungi syarikat DBY Trade Corporatin Sdn.Bhd. selaku pengeluar produk susu Gluco LPD Plus-Better Life. Di mana maklumat tentang produk dan syarikat tersebut diperolehi dari artikel yang disiarkan di dalam tabloid Sinar Harian Edisi Pantai Timur keluaran 14 Mei 2009 lalu.
Susu kesihatan Gluco LPD Plus-Better Life ialah produk pemakanan kesihatan yang bertindak meningkatkan sistem daya tahan tubuh (imunisasi) serta membekalkan pelbagai nutrisi penting kepada tubuh. Ia dirumus daripada kolostrum (susu awal lembu) bergred tinggi, glucomannan (KGM) dan probiotik, di samping bahan tambahan lain.
Produk ini dijamin bersih, suci dan halal, Ia tidak mengandungi campuran lemak haiwan dan perasa tiruan.
Mak Hajah dan Gluco LPD Plus – Better Life…
Di atas rasa simpati dan ingin melihat Mak Hajah kembali sembuh seperti biasa dan insan lain, syarikat DBY telah bersetuju menghadiahkan sekotak Gluco LPD Plus-Better Life (30 sachet x 15 gram) untuk diamalkan. Maka pada 10 Jun 2009, syarikat DBY telah mengirim sekotak produk tersebut melalui pos laju kepadanya, pada keesokan hari (11 Jun) produk tersebut telah di terima olehnya.
Ketika dihubungi oleh Pegawai DBY, Norhayati Ahmad pada 23 Jun, Mak Hajah berkata, “ Produk ni Mak terima pada 11 haribulan…. keesokan paginya ( 12 Jun) mak terus minum seperti yang disuruh oleh pihak syarikat.
“ Mak amalkan produk ni dua kalis sehari. Sebungkus sebelum sarapan pagi dan satu bungkus lagi selepas solat asar. Sebelum minum mak baca surah Al-Fhatihah sekali dan selawat tiga kali untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT, katanya.
Hajah Zaini (Mak Hajah) menambah, alhamdulillah… bila mak pergi jumpa doktor di hospital Kemaman pagi tadi (23 Jun), doktor terkejut bila melihat mak hajah boleh berdiri dan berjalan sendiri tanpa bantuan suami ataupun pembantu hospital.
Melihat keaadaan tersebut, “doktor hospital tanya mak makan apa… mak beritahu sekarang ni minum susu Gluco LPD Plus dengan air mineral elektrik, katanya lagi.
Hajah Zaini berkata, doktor tak larang Mak minum susu ni… dia minta mak terus mengamalkan jika ia didapati baik dan membantu menyembuhkan kaki dan tangan”.
Berdasarkan maklumat dari Mak Hajah kepada Pegawai syarikat DBY, tahap kesihatannya semakin baik dan positif. Di mana tekanan darah beliau mula menurun dari 150 mmHG ke 140 mmHG. Begitu juga kadar gula dalam darah menurun daripada 14 mmol/ L kepada 7.3 mmol/L.
Di akhir perbualan tersebut, Hajah Zaini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat DBY TRADE CORPORATION yang telah memperkenalkan GLUCO LPD PLUS kepadanya.
Menutup perbualannya dengan encik Norhayati, Mak Hajah berkata, “Insyallah mak berhasrat untuk melakukan puasa sunat pada 1 Rejab ni sebagai rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memakbulkan doanya dan suami serta anak-anak.
Sehbubungan itu, mana-mana individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, gout, ulser usus, Tibi, kencing manis, berat badan berlebihan (obesity), angin ahmar, selesema dan lelah boleh mencuba produk susu kesihatan berjenama Gluco LPD Plus. Untuk dapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi : 016-423 7585 (Ibu Pejabat) / 012-416 8002 (Kedah) / 019-9823201 (Hj Wahab) / 013-4077525 (Perlis).
KISAH 2
Allah SWT Makbulkan Doa Saya – Pesakit Leukemia
“Ibu mana yang tidak kasih kepada anak-anaknya. Bila saya pandang mereka hati rasa sebak dan pilu, terutamanya bila mengenang nasib yang akan mereka tempuhi di masa depan, pembuka kata seorang ibu, Puan Noriah Md Isa, 38 tahun penghidap leukemia.
Noriah menjelaskan, anak-anak saya masih kecil, mereka belum memahami tentang kehidupan. Apa lagi untuk mengerti tentang masalah kesihatan yang saya hadapi.
Menceritakan tentang dirinya kepada wakil DBY, encik Aziz Hatt dan Mokhtar Hamid, puan Noriah berkata, penyakit leukemia mula diketahui pada bulan Julai 2008 lalu, iaitu kira-kira 3 bulan selepas melahirkan anak bongsunya (ketiga).
Menurut encik Aziz, setelah mendapat tahu tentang kisah Puan Noriah ini, beliau segera memberitahu pengurusan syarikat DBY untuk mendapatkan persetujuan menghadiah sekotak produk susu Gluco LPD Plus.
Aziz berkata, “ Saya yakin Puan Noriah sesuai amalkan Gluco LPD Plus kerana antibodi dan sistem daya tahan tubuhnya menurun kesan masalah leukemia dan juga pengambilan antibiotik yang berpanjangan”.
“Gluco LPD Plus bukan ubat, ia adalah rumusan daripada kolostrum gred tinggi, probiotik dan komponen glucomannan (KGM) yang berfungsi untuk meningkatkan sistem daya tahan tubuh secara semulajadi dan tidak mendatangkan kesan sampingan ataupun menganggu ubat-ubat lain yang sedang diamalkan, katanya.
Ketika kunjungan wakil syarikat, puan Noriah juga menghidap penyakit kayap di bahagian telinga kirinya. Baginya setiap penyakit yang dihidapi tersebut adalah ujian Allah SWT yang perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal, di samping berusaha untuk mengubatinya.
Sejak disahkan menghidap leukemia, suaminya tidak jemu berulang-alik membawanya mendapat rawatan dari doktor pakar di hospital kerajaan di Pulau Pinang dan Ampang. Sehingga kini sebanyak 6 kali rawatan kimoterapi telah dijalankan di hospital Pulau Pinang dan Ampang.
Sementara itu, penyakit kayap di bahagian telinga kirinya adalah berpunca antibodi dan sistem daya tahan tubuhnya lemah. Katanya, “koktor beritahu… kayap di bahagian telinga tersebut disebabkan sistem daya tahan tubuh saya lemah dan mengambil masa agak lama untuk pulih”.
Itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi olehnya, seorang ibu kepada tiga orang anak iaitu Norisa Imana (1 tahun), Mohd Amir Ajmal (6 tahun) dan Nor Afrina (10 tahun).
Noriah berkata, saya amat menyayangi semua anak-anak, tetapi anak bongsu (Nonisha Imana ) agak lebih sedikit… kerana selepas kelahirannya saya menghidap leukemia.
“Penyakit ini bukan kerana kelahirannya tetapi ia bermula selepas ( Julai 2008) saya melahirkannya kerana itu saya rasa terharu bila memikirkan masa depan mereka. Orang kata, ajal tak berbau, bila-bilapun malaikat maut boleh cabut nyawa kita, katanya kepada wakil syarikat DBY Trade Corporation Sdn.Bhd. yang berkunjung ke rumah pada 23 Jun 2009 lalu.
Sisa kudrat masih ada diguna sepenuh hati menadah tangan berdoa dan mengadu kepada Allah S.W.T. Harapannya cuma satu sahaja iaitu ia kembali sembuh seperti sedia kala dan boleh meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan suami tersayang seperti biasa.
Pada petang kelmarin (7 Julai), wakil syarikat sekali lagi menghubungi Noriah melalui talipon untuk bertanya tentang perkembangan kesihatannya setelah mengamalkan selama 2 minggu susu Gluco LPD Plus yang dihadiahkan oleh syarikat DBY..
Noriah memberitahu bahawa setelah 2 minggu ia mengamalkan susu tersebut, keadaan kesihatannya semakin baik. “ Alhamdulillah…. rasa panas dalam badan dah berkurangan, badanpun ringgan. Sakit lutut pula dah hilang, katanya. S
“Walaupun saya tak pasti secara tepat, adakah masalah leukemianya sudah baik ataupun sebaliknya, namun sakit-sakit badan yang selama ini ditanggungnya telah hilang. Saya amat bersyukor kerana Allah SWT telah makbul doa saya dan suami, katanya.
Menceritakan tentang tindakbalas di peringkat awal mengamalkan susu, Noriah berkata,
“Saya alami cirit beberapa kali ketika buang air besar… najis keluar seperti berminyak (lemak). Rasa mengantuk waktu siang hari, tetapi selepas 3 hari ia kembali normal, katanya.
“Tindakbalas ini sememangnya saya jangka kerana wakil syarikat telah memberitahu tahu terlebih dahulu kepada saya, katanya.
Noriah amalkan pengambilan susu Gluco LPD Plus dua kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
“Insya allah…jika sembuh sepenuhnya, saya nak perkenal produk ini kepada pesakit leukemia lain, katanya mengakhiri perbualan tersebut.
Sehubungan itu, mana-mana individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, gout, ulser usus, Tibi, kencing manis, berat badan berlebihan (obesity), angin ahmar, selesema dan lelah boleh mencuba produk susu kesihatan berjenama Gluco LPD Plus. Untuk dapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi : 016-423 7585 (Ibu Pejabat) 012-416 8002 (Kedah) 019-9823201 (Kelantan) 013-4077525 (Pulau Pinang).












![[1.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsigdDBLElI/AAAAAAAACfs/NTmRRRZTDQY/s1600/1.jpg)










![[2009-10-26_161946.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SuVb0HdfbaI/AAAAAAAACmo/n9tWyyGQIU8/s1600/2009-10-26_161946.jpg)








![[2009-09-28_122406.jpg]](http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsA9K1v3WNI/AAAAAAAACdU/XfVulIioNwA/s1600/2009-09-28_122406.jpg)















0 Komen Anda:
Post a Comment