oleh Kopitiam bang nan
Teman sebebenonye tak ada hak nak kata apa-apa tentang kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Ke Manek Uraipun idak cuma sekodor mendoakan kemenangan parti kita dari jauh.
Alhamdulillah menang.
Inginlah teman mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pekerja PAS dan PR yang berkerja kuat tak kira siang dan malam untuk mengekalkan kerusi MU.
Seperti yang kita tau...musuh juga merancang dan berkerja kuat. Mungkin kerja kuat mereka lebih tersusun sekarang berbanding dengan 6 bulan lalu misalnya. Walaupun kita sering memperlecehkan Najib dan BN tetapi nampak gayanya suka tak suka kita kena mengakui bahawa mereka sebebenonye seperti sudah mendapat nafas baru.
Mereka main kotor. Ya. Duit, SPR, Paper, TV, radio, agensi kerajaan...you name it. Dia orang akan guna. Dan kita bukan tak tau benda ni....
Tetapi yang lebih parah ialah kita sendiri. Marilah kita bermuhasabah. Tak payahlah kita nak salahkan orang lain. 2...3 bulan ni kita asyik bercakaran dan sehingga kini tidak kunjung padam. Baik sesama PAS mahupun antara parti di dalam PR.
Pertamanya di dalam PAS ni cukup-cukuplah kita melabel sesama kita. Kalu kita dah berjuang di dalam satu wadah...tak payahlah kita nak berkelompok antara satu dengan yang lain. Baik mike ulamak ke, erdogan ke, JIM, ABIM, Terengganu, Kelantan ke apa ke...kita kena complement each other. Teman sebebenonye naik lemas dengan label melabel ni.
Begitu juga antara PR. Teman expect lepas setahun kita akan ada progress di dalam kesepakatan kita. Tapi la ni lain pulak jadinya. Kesepakatan kita sepatutnya sudah ada yang bertulis dan berperlembagaan namun kita nampaknya selesa dengan status quo.
Musuh sebenonye sudah lemah tetapi perpecahan antara kita menjadikan mereka hidup dan kuat semula. Di dalam perjuangan kena ada substance...bukan retorik semata.
Pemimpin kena menunjukkan arah untuk kita tujui dan contoh untuk kita ikuti. Kalau pemimpin asyik bertelagah...what do you expect from us?
Kita tidak kalah di Manek Urai dan kita wajib bersyukur kemenangan yang tipis ini bakal menyedarkan kita untuk bermuhasabah. Mudah2an kita bangkit dengan lebih kuat dan kemas lepas ini.
Sayang sekali kalu wadah yang sudah cantik ini jadi goyah semata-mata kerana kita tidak bersepakat. Nama coalition kita pun diambil dari perkataan pakat...
Meluat teman tengok Che Det mempersenda2kan kita yob!!
Meluat teman tengok Che Det mempersenda2kan kita yob!!












![[1.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsigdDBLElI/AAAAAAAACfs/NTmRRRZTDQY/s1600/1.jpg)










![[2009-10-26_161946.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SuVb0HdfbaI/AAAAAAAACmo/n9tWyyGQIU8/s1600/2009-10-26_161946.jpg)








![[2009-09-28_122406.jpg]](http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SsA9K1v3WNI/AAAAAAAACdU/XfVulIioNwA/s1600/2009-09-28_122406.jpg)















0 Komen Anda:
Post a Comment