~ Iklan RM80/Sebln ~ [penuh]


http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SwJbj3MDvWI/AAAAAAAACv4/gw_bRyF56KI/s1600/2009-11-17_161432.jpg
18/12/2009
http://img137.imageshack.us/img137/3158/kedahlani.gif
13/12/2009
The image “http://img81.imageshack.us/img81/1959/takaful.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
08/12/2009
http://img30.imageshack.us/img30/9088/lelakidipacakkana.gif
07/12/2009
http://img41.imageshack.us/img41/1236/noni3.gif
03/12/2009
http://img210.imageshack.us/img210/182/kedaitakaful.gif
01/12/2009
http://img9.imageshack.us/img9/7161/ayuhkliksiniuntuka.gif
01/12/2009
http://img263.imageshack.us/img263/2127/jihad2u.gif
01/12/2009
http://img35.imageshack.us/img35/31/728x902.gif
08/12/2009
http://img196.imageshack.us/img196/300/728x90kedahlanie.gif
27/11/2009
http://img183.imageshack.us/img183/9322/mampumenjanaa.gif
- 26/11/2009 -

:: TAJUK APA HARI INI ::

:: Cerita Terdahulu Boleh di CARI di Sini ::

~ Anda Ketinggalan Artikal di KedahLanie, OK Sila gunakan 'KOTAK HIKMAT' ini
untuk mencari apa yang anda inginkan..!! ~

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM 50/SEBULAN ~

[1.jpg]
25/12/2009
http://img64.imageshack.us/img64/6950/kedahlaniebigpower.gif
13/12/2009
28/12/2009
http://img4.imageshack.us/img4/9440/duduksajaaa.gif09/12/2009
http://img5.imageshack.us/img5/5502/jova.gif
25/12/2009
28/12/2009
http://www.emailcashpro.com14/12/2009
http://img141.imageshack.us/img141/4298/xxxxxxxxx.gif
14/12/2009

http://qurancentre.net/images/iklan-360.gif
14/12/2009
http://img21.imageshack.us/img21/5475/banner468x60e.gif
20/12/2009



- Sila hubungi KedahLanie@gmail.com untuk menempah ruang pengiklanan.
[2009-10-26_161946.jpg]

http://img139.imageshack.us/img139/6769/maklumatlanjut.gif

http://img23.imageshack.us/img23/8096/kliksaja.gif
[Tamat - 11/12/2009]

YB Pakatan Rakyat yang manakah di KEDAH yang anda kenali..?
[
Lakukan Undian di blog MyKedah2U]

17 July 2009

Cadangan pindah pusat sembelih babi perlu telus

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my

Jawatankuasa teknikal mesti dedah laporan kepada penduduk

ALOR SETAR: Cadangan kerajaan negeri untuk memindahkan rumah sembelih babi ke Kampung Sungai Toh Pawang dekat Sungai Petani perlu dibuat secara telus dengan mendedahkan kepada umum keputusan laporan Jawatankuasa Teknikal jika projek itu mendapat kelulusan.

Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (Sahabat Alam), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata laporan Jawatankuasa Teknikal oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu didedahkan bagi meyakinkan penduduk dengan membuktikan cadangan itu tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana sisa kumbahan daripada pusat sembelih dan penternakan babi boleh mendatangkan impak besar terhadap alam sekitar dan masyarakat jika ia tidak diselenggara dengan sempurna.

"Kebiasaannya projek rumah sembelih babi hanya mengikut prosedur yang ditetapkan ketika mula beroperasi tetapi selepas dua atau tiga tahun, mereka mula mengabaikan aspek piawaian yang digariskan Jawatankuasa Teknikal terbabit.

"Justeru, jika benar premis sembelih baru ini mempraktikkan amalan bebas kumbahan bermakna ia perlu bebas kumbahan selama-lamanya dan bukan hanya dipraktikkan ketika mula beroperasi.

"Rumah sembelih baru ini juga perlu kerap dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan pengusaha tidak melanggar undang-undang ditetapkan kerana kita tidak mahu lokasi baru ini menimbulkan kontroversi khususnya membabitkan kepentingan alam sekitar," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memindahkan rumah sembelih babi ke Kampung Sungai Toh Pawang berikutan premis lama di Kampung Berjaya di sini dirobohkan, baru-baru ini.

Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan Kampung Sungai Toh Pawang adalah lokasi baru yang dicadangkan Persatuan Peniaga dan Penyembelih Babi Kedah.

Azizan berkata, bagaimanapun pemindahan lokasi penyembelihan baru itu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal termasuk JAS, JPV dan PBT terlebih dulu.

Difahamkan lokasi baru yang dicadangkan itu jauh daripada penempatan awam, selain tanah berkenaan milik individu dan wujud pusat ternakan babi secara kecil-kecilan di kawasan terbabit.

Azizan juga memberi jaminan jika rumah sembelih baru dibina di kawasan itu ia tidak menjejaskan kualiti air Sungai Toh, seperti yang didakwa penduduk kerana ia mengamalkan sistem bebas kumbahan.

9 Komen Anda:

DR 1221 said...

Ini blog atau kedai runcit ?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdp.blogspot.com

makan babi, minum air kencing babi dan tidur dengan babi...itulah agenda Pakatan dan akan menjadi slogan pada PAS for all termasuklah all babi

ghimau said...

abe MIE 'TERJAH' kalu mung ghaso mung nate babi meme tu khijo mung... make denge babi2 laing, minung dale bekah air kecing babi dan tido denge babi2 laing... pendek kato dok saing denge babi2 lainglah...

abe MIE 'TERJAH' takdok maruoh lasong!!! Sangguk promote blog setarah kande babi dale KedahLanie.

Haghap2 admin KedahLanie berhati2 dan lebih profesional dlm mempublish add. blog2 luaq yg langsung takdak nilai kualiti.

Haghap kuantiti ja, kualiti zero. Inilah bloggers yg direkrut dan disponser UMNO Be End laknatullah.

Paksu Ki said...

Aku dah kata lama dah kalau babi tak ada selesai semua masalah

onede said...

Abe MIE terjah,

macam kate kat umno je bunyinya,
marah anak sindir menantu.

KedahLaNie said...

biar manusia yg menilai mana satu intan mana satu permata mana satu batu-bata.... :)

tonik said...

Demi menjaga persahabatan atau lebih tepat periuk nasi MB kedah sanggup mempergadaikan harga diri di Gurun untuk tapak penyembelihan babi. Mengapakah semasa DAP Kedah mengeluarkan kalam untuk keluar daripada pakatannya beliau megah menyedir dan tak kisah demi kesejahteraan rakyat atau itu hanya lakonan atau sendiwara.

Rakyat di Gurun dan Kedah kini dalam delema atau mimpi buruk setelah di Tolak di Daerah Pendang , kini diubah di Gurun dan jika tidak berjaya disana beliau akan ubah di daerah mana pula?.

Telah banyak kali saya keluarkan dalam blog ini siapakah Lim itu dan siapakah Ust Azizan. Dalam limpatan sejarah DAP adalah anak kandung PAP Singapura. Walaupun telah beribu kali DAP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ini paling benci negara Malaysia dinamakan Negara Islam. Mengapakah mantan KM Singapura sanggup berpeluk dengan Nik Aziz bila kunjung ke Malaysia dan mengapakah dahulu beliau benci PAS dan UMNO.

Sebenarnya Lim ini terlalu licik dan kepuraan dan helahnya amat halus serta sukar ditembusi oleh Ust. Azizan yang sayangkan kebendaan dunia dan pangkat. Itulah hakikatnya. Sepatutnya biarlah kerugian satu kerusi asalkan maruah Islam dan harga diri sebagai MB yang gelarkan dirinya Ust dan perjuangkan atas nama islam tak tercemar.

Kini lihatlah rakyat terlalu murka dan demonstrasi dan bantahan makin menjadi-jadi seolah-olah ibarat barah menanti pecah.

klin said...

la nih cuba habag sat.nak wat macam mana?babi makanan depa...kalau pi buat belakang umah hang boleh dak?
hak depa nak nafi macam mana?janagn dok sembang deraih dalam nih saja...pi tanya ustaz hang hak insan nak letak kat mana..guna akai la sikit

awang lembut said...

Tonik saya setuju pendapat saudara, jika betul nawaltu kita nak pertegakkan islam, mengapa harus rumah penyembelihan itu dibina semula ditempat lain. Jangan nak berlakon dan sendiwara semasa. Jika benar nak tegakkan Hak Allah, hapuskan terus dan jangan dibiarkan ia melata dengan segarnya kembali atau sebagai rumah penyembelihan terhebat dan tersohor dirantau ini. Sudah jelas dalil dan firman Tuhan mengharamkan babi kerana terlalu banyak mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada umatnya mengapa pula harus mengambil hati bagi pihak minoriti dan tidan mahu menjaga hati pihak majoriti.

Jika selepas merobohkan rumah itu dengan megah dan bertepuk dada bahawa PR adalah benci babi tetapi rupa-rupa dalam benci teramat rindu dan madah berhelah. Apakah martabah dan harga diri PAS merudum kerana tak jaga hati budi kekasihnya DAP kerana babi. Lihatlah bertapa cetek dan murahnya harga diri dan maruah sebuah Parti yang mendabik dada perjuangan Islam tulin , tetapi rupa-rupa berulat didalam. Kita jangan jadikan indah dan cantik diluaran semacam cantik cina tetapi dalam kosong dan tak bermakna. Biarlah luar nampak hitam dan tak segak tetapi berisi didalam dan berhaga diri dan penuh berilmu dan tak bertopengkan hawa nafsu serta kebendaan duniawi semata-mata hinggakan akhirat ditolak tepi.

Related Posts with Thumbnails

~ Followers ~

:: TAJUK UNTUK 3 HARI LEPAS ::

19/11/2009 18/11/2009 17/11/2009

~ IKLAN@KEDAHLANIE : RM10/SEBULAN ~


~ TVkedah ~

~ TVceramah ~

MUHAMMAD SANUSI MD NOR - SETPOL

~ Ceramah Online ~