Kemasukan Pelabur Luar Makin Menggalakkan
YB Tuan Haji Ir. Amiruddin Bin Haji Hamzah, lulusan Ijazah Sarjana Muda di University of Bradford, England dalam bidang Kejuruteraan (Civil & Structure) ini bukanlah nama baru dalam sektor kerajaan mahupun korporat. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dari tahun 1984-1996. Kemudiannya beliau berkhidmat di TR Properties Sdn. Bhd. (TRI Group of Companies) pada 1996-1997. Akhir sekali di Darulaman Realty Sdn. Bhd. dari tahun 1997~1999 sebagai Pengurus Kanan sebelum bertanding pada pilihanraya kecil DUN Anak Bukit pada tahun 2002.
Beliau yang juga ADUN Anak Bukit merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang portfolio Industri dan Pelaburan,Sains dan Inovasi.
Dalam pertemuan wartawan Warta Darul Aman beliau menegaskan bahawa anak tempatan tidak akan tersisih dan akan mendapat manfaat dari projek besar yang bakal dilaksanakan terutamanya mengeluarkan pekerja yang berkemahiran.
WARTA: Dakwaan kononnya ramai bakal pelabur di Kulim Hi-Tech membatalkan hasrat untuk melabur setelah kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan?
YB. AMIRUDDIN: Mungkin ada di peringkat awal, akibat mereka terpengaruh dengan anasir-anasir tertentu. Namun kita telah mengadakan pertemuan dengan pelabur dan bakal pelabur di Kulim Hi- Tech. Menteri Besar bagi jaminan bahawa polisi menggalakkan pelaburan akan diteruskan.
Semua perundingan adalah telus dan tidak ada kos 'bawah meja'. Asal penuhi syarat kita lulus. Biar kos menjalankan perniagaan dapat dilakukan dengan serendah mungkin.
Alhamdulillah, selepas mendapat penjelasan mereka terima dengan baik. Malahan ada syarikat yang minta nak kembangkan lagi pelaburan mereka.Maknanya mereka dah ada keyakinan.
Di Fasa III sekarang terdapat sebuah syarikat panel solar yang terbesar di dunia iaitu First Solar. Menteri Besar akan pergi rasmi.
Akibat permintaan yang tinggi dari bakal pelabur sekarang, kita terpaksa mempercepatkan penyiapan Fasa IV. Kita juga telah adakan pertemuan dengan Federation of Manufacturing Malaysia (FMM), nampaknya mereka merasa selesa dengan jaminan dan sikap mesra kita terhadap pelabur.
WARTA : Sewaktu jadi pembangkang, PAS menentang projek Zon Industri Petroleum Van (ZIPY), sekarang nampaknya bersetuju pula?
YB. Amiruddin: Itu tidak betul. Kita tidak tentang ZIPY, tapi yang kita tentang ialah pengambilan 4500 relong tanah, yang sebahagian besarnya adalah tanah bendang dan tanah milik orang Melayu. Sebab itu dalam mesyuarat DUN dulu (sewaktu PAS jadi pembangkang), kita telah cadangkan supaya tapak projek dibuat di Gurun yang bukan tanah bendang.
Hari ini dunia baru bercakap mengalami kekurangan bekalan makanan, tapi pandangan pemimpin PAS telah mendahului zaman. Kita rasakan satu kerugiaan yang besar jika 4500 relong tanah yang amat subur untuk penghasilan beras itu terpaksa dikorbankan
Bagaimanapun oleh kerana jika Gurun dijadikan tapak ia melibatkan kos yang tinggi, maka kita mengalihkan cadangan tapak projek ke pesisir pantai (laut) yang tidak melibatkan pengambilan tanah. Kos boleh dikembalikan hanya dalam masa dua tahun. Bila projek dapat beroperasi sepenuhnya nanti, kerajaan negeri dijangka memperolehi hasil kira-kira 200 juta setahun.
Warta: Apa manfaat yang diperolehi oleh penduduk tempatan?
YB. Amiruddin: Kita dah bincang dengan pihak pelaksana projek untuk mempastikan anak tempatan tidak tersisih dari mendapat manfaat dari projek besar tersebut.
Memang mereka pun memerlukan tenaga sumber manusia terutama semasa proses pembinaan. Untuk itu kerjasama telah dibuat dengan Kedah Industrial Skills & Management Connstruction (KISMEC) di Sungai Petani untuk mengadakan kursus kemabiran terhadap anak tempatan, terutamanya para belia. Selepas mereka mempunyai kemahiran, peluang pekerjaan sedia menunggu. Memang itu jaminan pekerjaan antara syarikat yang kita kenakan terhadap pelabur.
Warta: YB baru balik dari Dubai, boleh jelaskan tujuan lawatan?
YB. Amiruddin: Sebenarnya tujuan utama ke Dubai ialah menyertai satu seminar yang diadakan di sana. Dato' Fuad, CEO Kedah Investment Center (KIC), membentangkan kertas berhubung Sungai Limau Hydro Carbon Hub. Pihak di sana ditawarkan membuat pelaburan sama ada utama atau hiliran di Kedah.
Kita juga menawarkan peluang pelaburan dalam bidang pelancongan, khususIiya membina resort. Ia mempunyai prospek yang baik terutama bagi pelancong Timur Tengah yang mula mengalihkan destinasi ke rantau ini akibat sikap prejudis negara Barat terhadap mereka. Tiga buah syarikat besar di sana menunjukkan minat dalam bidang tersebut.
Ketiga, kita menawarkan peluang pelaburan di bidang pembekalan makanan halal, sarna ada basah atau kering. Dua pelabur menunjukkan minat mereka.
Berhubung industri makanan halal, kita telah bangunkan sebuah Taman Industri Halal di Sungai Petani, di atas tanah seluas 35 ekar dan melibatkan pembinaan 26 buah kilang. Usahawan anchor boleh mendapatkan bekalan dari usahawan-usahawan vendor yang beroperasi di sini dalam keadaan kilang yang memenuhi GMP dan sijil HACCP.
Menteri Besar bagi jaminan bahawa polisi menggalakkan pelaburan akan diteruskan. Semua perundingan adalah telus dan tidak ada kos 'bawah meja'.
Asal penuhi syarat kita lulus. Kita mahu biar kos menjalankan perniagaan dapat dilakukan dengan serendah mungkin.
Sumber : Buletin Warta Darul Aman, Keluaran Mei 2008
YB Tuan Haji Ir. Amiruddin Bin Haji Hamzah, lulusan Ijazah Sarjana Muda di University of Bradford, England dalam bidang Kejuruteraan (Civil & Structure) ini bukanlah nama baru dalam sektor kerajaan mahupun korporat. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dari tahun 1984-1996. Kemudiannya beliau berkhidmat di TR Properties Sdn. Bhd. (TRI Group of Companies) pada 1996-1997. Akhir sekali di Darulaman Realty Sdn. Bhd. dari tahun 1997~1999 sebagai Pengurus Kanan sebelum bertanding pada pilihanraya kecil DUN Anak Bukit pada tahun 2002.Beliau yang juga ADUN Anak Bukit merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang portfolio Industri dan Pelaburan,Sains dan Inovasi.
Dalam pertemuan wartawan Warta Darul Aman beliau menegaskan bahawa anak tempatan tidak akan tersisih dan akan mendapat manfaat dari projek besar yang bakal dilaksanakan terutamanya mengeluarkan pekerja yang berkemahiran.
WARTA: Dakwaan kononnya ramai bakal pelabur di Kulim Hi-Tech membatalkan hasrat untuk melabur setelah kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan?
YB. AMIRUDDIN: Mungkin ada di peringkat awal, akibat mereka terpengaruh dengan anasir-anasir tertentu. Namun kita telah mengadakan pertemuan dengan pelabur dan bakal pelabur di Kulim Hi- Tech. Menteri Besar bagi jaminan bahawa polisi menggalakkan pelaburan akan diteruskan.
Semua perundingan adalah telus dan tidak ada kos 'bawah meja'. Asal penuhi syarat kita lulus. Biar kos menjalankan perniagaan dapat dilakukan dengan serendah mungkin.
Alhamdulillah, selepas mendapat penjelasan mereka terima dengan baik. Malahan ada syarikat yang minta nak kembangkan lagi pelaburan mereka.Maknanya mereka dah ada keyakinan.
Di Fasa III sekarang terdapat sebuah syarikat panel solar yang terbesar di dunia iaitu First Solar. Menteri Besar akan pergi rasmi.
Akibat permintaan yang tinggi dari bakal pelabur sekarang, kita terpaksa mempercepatkan penyiapan Fasa IV. Kita juga telah adakan pertemuan dengan Federation of Manufacturing Malaysia (FMM), nampaknya mereka merasa selesa dengan jaminan dan sikap mesra kita terhadap pelabur.
WARTA : Sewaktu jadi pembangkang, PAS menentang projek Zon Industri Petroleum Van (ZIPY), sekarang nampaknya bersetuju pula?
YB. Amiruddin: Itu tidak betul. Kita tidak tentang ZIPY, tapi yang kita tentang ialah pengambilan 4500 relong tanah, yang sebahagian besarnya adalah tanah bendang dan tanah milik orang Melayu. Sebab itu dalam mesyuarat DUN dulu (sewaktu PAS jadi pembangkang), kita telah cadangkan supaya tapak projek dibuat di Gurun yang bukan tanah bendang.
Hari ini dunia baru bercakap mengalami kekurangan bekalan makanan, tapi pandangan pemimpin PAS telah mendahului zaman. Kita rasakan satu kerugiaan yang besar jika 4500 relong tanah yang amat subur untuk penghasilan beras itu terpaksa dikorbankan
Bagaimanapun oleh kerana jika Gurun dijadikan tapak ia melibatkan kos yang tinggi, maka kita mengalihkan cadangan tapak projek ke pesisir pantai (laut) yang tidak melibatkan pengambilan tanah. Kos boleh dikembalikan hanya dalam masa dua tahun. Bila projek dapat beroperasi sepenuhnya nanti, kerajaan negeri dijangka memperolehi hasil kira-kira 200 juta setahun.
Warta: Apa manfaat yang diperolehi oleh penduduk tempatan?
YB. Amiruddin: Kita dah bincang dengan pihak pelaksana projek untuk mempastikan anak tempatan tidak tersisih dari mendapat manfaat dari projek besar tersebut.
Memang mereka pun memerlukan tenaga sumber manusia terutama semasa proses pembinaan. Untuk itu kerjasama telah dibuat dengan Kedah Industrial Skills & Management Connstruction (KISMEC) di Sungai Petani untuk mengadakan kursus kemabiran terhadap anak tempatan, terutamanya para belia. Selepas mereka mempunyai kemahiran, peluang pekerjaan sedia menunggu. Memang itu jaminan pekerjaan antara syarikat yang kita kenakan terhadap pelabur.
Warta: YB baru balik dari Dubai, boleh jelaskan tujuan lawatan?
YB. Amiruddin: Sebenarnya tujuan utama ke Dubai ialah menyertai satu seminar yang diadakan di sana. Dato' Fuad, CEO Kedah Investment Center (KIC), membentangkan kertas berhubung Sungai Limau Hydro Carbon Hub. Pihak di sana ditawarkan membuat pelaburan sama ada utama atau hiliran di Kedah.
Kita juga menawarkan peluang pelaburan dalam bidang pelancongan, khususIiya membina resort. Ia mempunyai prospek yang baik terutama bagi pelancong Timur Tengah yang mula mengalihkan destinasi ke rantau ini akibat sikap prejudis negara Barat terhadap mereka. Tiga buah syarikat besar di sana menunjukkan minat dalam bidang tersebut.
Ketiga, kita menawarkan peluang pelaburan di bidang pembekalan makanan halal, sarna ada basah atau kering. Dua pelabur menunjukkan minat mereka.
Berhubung industri makanan halal, kita telah bangunkan sebuah Taman Industri Halal di Sungai Petani, di atas tanah seluas 35 ekar dan melibatkan pembinaan 26 buah kilang. Usahawan anchor boleh mendapatkan bekalan dari usahawan-usahawan vendor yang beroperasi di sini dalam keadaan kilang yang memenuhi GMP dan sijil HACCP.
Menteri Besar bagi jaminan bahawa polisi menggalakkan pelaburan akan diteruskan. Semua perundingan adalah telus dan tidak ada kos 'bawah meja'.
Asal penuhi syarat kita lulus. Kita mahu biar kos menjalankan perniagaan dapat dilakukan dengan serendah mungkin.
Sumber : Buletin Warta Darul Aman, Keluaran Mei 2008



![[iklan.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/Sk2NaQVBbgI/AAAAAAAACIg/UoTv6bQTfIk/s1600/iklan.jpg)

![[kedahlaniearau.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SlLLfA_VTbI/AAAAAAAACJo/-ERUPb4x1zM/s1600/kedahlaniearau.jpg)


















![[2009-06-23_221443.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SkDjdcECj3I/AAAAAAAACFU/8Pc4uX2MZKU/s1600/2009-06-23_221443.jpg)






0 Komen Anda:
Post a Comment