
MOHD. FAUZI dan Murshida menunjukkan bahu bayi mereka
yang dikatakan patah sambil diperhatikan
oleh peguam V. Rajadevan di Alor Star semalam.
yang dikatakan patah sambil diperhatikan
oleh peguam V. Rajadevan di Alor Star semalam.
ALOR STAR - Sepasang suami isteri terkejut mendapati anak mereka yang baru dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini patah tulang bahu kanannya.
Serentak itu mereka telah mengambil keputusan melantik seorang peguam untuk menuntut ganti rugi ekoran kejadian yang didakwa akibat kecuaian pihak hospital.
Mohd. Fauzi Ahmad, 26, dan Murshida Yusuf, 21, dari Bukit Besar, Yan dekat sini, begitu kecewa dengan keadaan bayi mereka dan juga terkilan kerana kejadian itu tidak dimaklumkan lebih awal hingga berlarutan enam hari selepas dilahirkan.
Mohd. Fauzi berkata, beliau dan isteri hanya menyedari kejadian itu pada 13 April lalu selepas seorang doktor yang membuat lawatan ke wad mengesyaki sesuatu berlaku pada bahu bayi itu.
Pasangan itu kemudiannya membawa bayi mereka untuk menjalani ujian x-ray pada 14 April dan pakar tulang hospital terbabit mengesahkan tulang bahu kanan anak mereka patah semasa proses kelahiran pada 7 April lalu.
Mohd. Fauzi berkata, doktor di hospital itu enggan memberitahu keadaan anaknya walaupun beliau telah berkali-kali bertanya mengenai kejadian yang menimpa bayi itu yang sering menangis seperti dalam kesakitan.
"Saya beberapa kali bertanyakan soal kesihatan anak saya tetapi doktor tidak memaklumkan kejadian itu, cuma kata ada jangkitan kuman pada paru-paru dan anak semakin pulih," katanya.
Mohd. Fauzi berkata, beliau menemui Pengarah HSB pada 15 April dan pihak hospital memberitahu akan menjalankan siasatan kejadian itu tetapi sehingga kini tiada maklumat balas diterimanya.
Katanya, tulang bahu yang patah itu akhirnya berjaya dipulihkan oleh bidan kampung pada 27 April lalu apabila bayi itu dibenarkan pulang.



![[iklan.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/Sk2NaQVBbgI/AAAAAAAACIg/UoTv6bQTfIk/s1600/iklan.jpg)

![[kedahlaniearau.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SlLLfA_VTbI/AAAAAAAACJo/-ERUPb4x1zM/s1600/kedahlaniearau.jpg)


















![[2009-06-23_221443.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SkDjdcECj3I/AAAAAAAACFU/8Pc4uX2MZKU/s1600/2009-06-23_221443.jpg)






1 Komen Anda:
tahun lepas anak kawan saya pun jadi mcm ni jugak tapi dia tak mau ambik tindakan, anak dia patah kaki kesian tgk kecik2 dah kena simen.... pengalaman saya ketika anak saya dok di hospital alor star memang sakit hati bila depa buat anak kita mcm bahan ujikaji, anak saya dia bagi doktor yang tak terlatih cucuik kat tangan ambik darah dia ambik sampai 2 belah tangan tapi tak buleh sebab tak kena urat.... saya rasa pihak berwajib patut mengambil tindakan atas kecuaian pihak hospital...
Post a Comment