KUALA LUMPUR 7 Mei - Kerajaan diminta menjelaskan kenapa cadangan mewujudkan perkhidmatan Internet jalur lebar terbaru untuk seluruh negara tidak mencapai kelajuan sehingga satu gigabit (GB) seperti di Singapura.
Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, beliau hairan kelajuan setinggi itu tidak boleh dicapai sedangkan peruntukan yang akan dikeluarkan oleh kerajaan amat besar iaitu sebanyak RM15 bilion.
''Saya percaya perkara ini terjadi kerana kontrak secara terus diberikan kepada syarikat swasta bagi membangunkan projek ini dan bukan kaedah tender terbuka yang membolehkan tawaran terbaik dipilih," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, kelemahan lain yang ketara pada cadangan projek jalur lebar berkenaan ialah tumpuan diberikan kepada akses talian tetap dan bukannya komunikasi tanpa wayar.
''Teknologi tanpa wayar adalah lebih cepat dan murah tanpa perlu kita menghabiskan berbilion-bilion ringgit wang rakyat untuk mewujudkan akses talian tetap," tegas beliau.

![[iklan.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/Sk2NaQVBbgI/AAAAAAAACIg/UoTv6bQTfIk/s1600/iklan.jpg)

![[kedahlaniearau.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SlLLfA_VTbI/AAAAAAAACJo/-ERUPb4x1zM/s1600/kedahlaniearau.jpg)

![[2009-06-23_221443.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SkDjdcECj3I/AAAAAAAACFU/8Pc4uX2MZKU/s1600/2009-06-23_221443.jpg)

0 Komen Anda:
Post a Comment