ALOR STAR, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kedah tidak selesa dengan tindakan kerajaan persekutuan melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) setelah pakatan antara PAS, DAP dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah selepas pilihan raya umum 8 Mac.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi mendakwa pelantikan semula JKKK yang melepaskan jawatan mereka baru-baru ini hanya akan membawa perpecahan pada peringkat bawahan.
"Ia bakal menjadi punca perpecahan kerana rakyat akan keliru dan berbelah bagi pihak mana yang patut dirujuk bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya sewaktu berucap mewakili Menteri Besar Azizan Abdul Razak merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-33 Persatuan Penghulu/Penggawa Negeri Kedah di sini, hari ini.
Phahrolrazi berkata beliau telah merujuk pelantikan JKKKP itu kepada Jabatan Pembangunan Negeri (yang ditadbir kerajaan persekutan) tetapi tidak mendapat perhatian.
Bagaimanapun kerajaan negeri tetap meneruskan agenda pembangunannya dan antaranya memperkasakan institusi penghulu/penggawa supaya mereka boleh memainkan peranan lebih berkesan membantu menjayakan program pembangunan negeri, katanya.
Sehubungan itu beliau berkata satu garis panduan bagi memperkemas dan memperjelaskan peranan penghulu/penggawa sedang dirangka termasuk mengisi 17 jawatan itu yang masih kosong dan mengadakan pejabat bagi yang belum ada.
-- BERNAMA

![[iklan.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/Sk2NaQVBbgI/AAAAAAAACIg/UoTv6bQTfIk/s1600/iklan.jpg)

![[kedahlaniearau.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SlLLfA_VTbI/AAAAAAAACJo/-ERUPb4x1zM/s1600/kedahlaniearau.jpg)

![[2009-06-23_221443.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/SkDjdcECj3I/AAAAAAAACFU/8Pc4uX2MZKU/s1600/2009-06-23_221443.jpg)

1 Komen Anda:
apa kata pakatan rakyat juga tubuhkan jkkk kat negeri-negeri yg di mana BN menang baru depa tau....depa ni memang gila kuasa dan tak sedar diri kalah tu buat cara kalah....cara yg depa buat ni menyebabkan perpecahan msykt melayu kata nak menperjuangkan nasib melayu porah...cara depa buat ni nak bagi org melayu bergaduh berpecah.....hormat la sikit perinsip demokrasi dah kalah tu bg la pulak org yg menang merintah...4 thn lagi hampa bertanding pilihan raya hampa menang merintah la......tu pun kalau menang la... tapi kalau hampa dah baut lagu ni jgn harap la nak menang..........
Post a Comment